Tuesday, November 9, 2010

bila exam tiba part 2

Assalammualaikum ^^

Menjak2 nak exam ni terlalu banyak symptom2 yg muncul dan cik nadya rase symptom2 ni ibarat mengalu-ngalukan kedatangan exam yg bakal tiba ini
kalo cik nadya jadi inchek exam ni kompom terharu sambil menangis2 belari2 dan menghempaskan diri ke katil ^^ (bg penampar sket)

symptom2 yg dialami cik nadya

1. ske plak nak tulis2 blog ni+hias2 blog+jenguk2 blog org lain (aissssh.. (*_*)sile nasihatkan saya!)
2. tiap2 malam sesak nafas +bersin2 + ingos meleleh2 ni mnx dibuang..ade yg degil tamaw kuar plak 2 n mengaco penafasan cik nadya je..huh
3. mengeluh xabes2..yg tu xbace ag yg ni xbce ag (tp dok ngadap laptop je..aishhh kali kedua)

cik nadya ni! xabes2 kan mengeluh! ujian baru ciput mengeluh je lebeh
ok..cik nadya stop mengeluh sebab Allah pon xske kan org bnyk mengeluh ni ^^


Monday, November 8, 2010

bile exam tiba ^^

Assalammualaikum
^^
lame kan cik nadya xmenconteng disini
snarnye cik nadya ade seminggu lebeh lagi nk exm final
dan sungguh xpatot snarnye cik nadya maseh memblog disini
dgn keadaan cik nadya yg asek terbersin2 ni (ble study kan mcm2la alasan) hehe
tp cik nadya nak jugak tulis kat cni
owhhh..again n again
mesti soal hati n perasaan!
sngguh buhsan ok!
tp kepala cik nadya xske nk simpan2 mende ni (nyampah i)
kalo mende laen skela cik nadya nk simpan
contohnye sensory analysis ke? fud microbiology ke? food processing ke?
kalo yg 2 snggupla cik nadya nak simpan..ngeee ^^

snarnye..cik nadya nk cter disini
hari ini salah sorang paparazzi cik nadya bgtaw
ade sorg kawan cik nadya da dilamar.. awwww!
(sory, i can't mention his name here n mayb kalo org tny pon cik nadya tanak bgtaw)
let this news spread itself (heh..bulehkah??)
haha..i'm happy for him actually!
waaaaa...bukan sonang ok nak dilamar
lagi2 bile ekau 2 bernama lelaki
hanya insan yang benar2 terpilih je dilamar oleh seorang pompuan ni..hehehe
btw..2 dah memang jodoh dyorg kot..so suweeeet ok!
hahaha..then after i heard that news i pon adelah terbaca 1 cter ni
from kawan cik nadya jugak.. name dy cik nadyra
cerita ni sgt2 menarik!
sbb 2 cik nadya rase nk share even taw tade org akan bce pnye
well...diz blog is private n confidential rite?? hehe..

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak,
"Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? " Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire


"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..

Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..


Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..

"Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."

Emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.


Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..


Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..


Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.


"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."
Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....
.
.
.
.
.
.
.
How's the story?? huhu..ade istilah tacing x kat pengakhiran citer ni?? huhu
bila kadang-kadang cik nadya rasa putus asa
then Allah mesti jumpakan cik nadya ngan something yg boleh menaikkan kembali smgt cik nadya
memang kadang-kadang cik nadya rasa sgt jeles dgn 'mereka yg bahagia'
tapi bila cik nadya fikirkan kembali
cik nadya nak mulakan sesuatu dgn penuh keberkatan
bukannya mulakan sesuatu dgn penuh kemurkaan dari Allah
sampai ada kawan cik nadya tanya
'xpenat ke jadi hati kering?'
'xpenat ke nak tolak org' (soalan ni bkn utk cik nadya la..hehe)
'xnak ke hidup bahagia mcm org laen??'

dan cik nadya
xmampu nk bg jwpn utk sume 2
kecuali jawapan di atas
cik nadya nak mulakan sesuatu dgn keberkatan bukan kemurkaan ^^
xpela..biarlah,bersabarlah, janji Allah sentiasa benar ^^
kalau xdpt didunia ni mngkin ade diakhirat kelak kan?? ^^


nota mengade: td ade sorg kawan cik nadya kate dy nk bercinta selepas kawin n cik nadya pon tersenyum
bukan sng nak jmp org mcm dy skrg ni..gudluck my frend! aku doakan ko bahagia di dunia dan akhirat ^^

Saturday, October 30, 2010

K.a.w.a.n....fullstop!

Assalammualaikum

Hai sume =)
hari ini cik nadya dengar cerita dari seorang kawan cik nadya
cerita sedeh kot..cerita pasal kawan-kawan dia
cerita pasal kawan-kawan dia yang xikhlas
huuu...sedeh kot bila kita berkawan dan kawan-kawan sebenarnya xikhlas kawan ngan kita
sedeh x??
kita dah buat macam-macam untuk kawan kita
then tetibe kita tahu yang kawan kita tu hanya gunakan kita untuk kepentingan dia
sedeh x kengkawan? sedeh x? sedeh x?
huhu..cik nadya memang bukan org yang baek untuk cakap pasal kawan ni
sebab cik nadya ni bukan kawan yang baek
tp..xsalah kan kalau kita cuba untuk ikhlas dalam berkawan =)
xrugi kan kawan2??
kadang-kadang ada kawan yang cari kita masa senang je
bila kita susah no one pon nak datang kat kita
kadang-kadang bila kita susah 2la kita akan dapat taw sapa yang ikhlas kawan ngan kita
Allah Maha Pengasih..DIA bagi kesusahan itu untuk kita kenal siapa lawan n siapa kawan bukan?? (hehe..dush kat cik nadya sebab kadang-kadang cik nadya ni pon ske je selfish..ngeee)
tapi kan korang..dapat kenal kawan-kawan yang memang ikhlas dengan kite mmg the lovely,precious, rezeki2 yang mencurah-curah ke ladang gandumla..
so u should appreciate everyone yg steps in ur life
U MUST OK!

Manusia ni pon kadang-kadang plik jugak (cik nadya la 2)
Always not appreciate apa yang ada kat depan mata
then bila dia da ilang
hah..barula teraba-raba mencari dia semula
tyme 2 bayang pon da xbleh nak grab da
cuz dia da go far far far away from our life
n tyme 2 baru nak nges keluar air mate
huuuuuu....membazir je kot tyme 2..ngeee (nape cik nadya emo sgt ni?? aisssh)
pernah ke cik nadya xemo?? hahaha

so
wahai rakyat jelata sekalian!
Appreciate kawan-kawan anda
sebab mereka adalah mende berharga yang ptut kita hargai selain family kita
Anugerah dari Allah yang xternilai harganya
Setiap pertemuan itu memerlukan kejujuran
dan kejujuran itu datang dari hati yang ikhlas.

Xrugilah kalau kita ikhlas sayang kawan kita 2
owh yang sgt penting KEIKHLASAN 2
bak kate pepatah diatas
HIDUP INI TAK LAH SESUSAH MANA YANG PENTING KEIKHLASAN HATI ITU..
ngee..selaen kita dapat hidup gembira disekeliling orang yang kita sayang
Allah pon akan sayang kita taw..taw! taw!
haaa...sebab kita sayang sahabat kita dengan ikhlas pon kita dah dapat pahala
so xrugi pape pon kan? kan? kan? hehe (bnyk tny kan cik nadya ni)
nak bukti ke? mesti xpuas hati lagi kan?
nah lah cik nadya kasi bukti ^^

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”.
(Hadith riwayat Muslim).

So from this moment
tolong appreciate kawan-kawan anda
kita hidup kat bumi ni skali je
mana nak jumpa lagi kawan-kawan kita bila kita da mati nanti
so pliz appreciate every minutes every second yang u ollzz spend with ur frends

Cik nadya da ade kawan-kawan yang baek
korang ade ke?? hehehe
pada sape yg xade lagi 2
dun wori..
as long as kamu maseh hidup kat dunia ni
jgn pernah putus asa utk cari kawan-kawan yang btul2 ikhlas
kawan yang boleh bawak kita masuk syurga..
insyaAllah ^^

pesanan terakhir: HARGAI ORANG TERSAYANG SELAGI MASIH ADA MASA SEBAB KITA XPERNAH TAHU BILA ORANG TERSAYANG ITU AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA DAN TINGGALKAN KITA TANPA KEMBALI LAGI, TANPA KITA BOLEH DENGAR SUARA DIA, TANPA KITA BOLEH TENGOK WAJAH DIA LAGI.. (tepuk dada..tanya apa kata hati anda)
haaaa....bila ckp org tersayang 2 mst org pk laen kan?? ngeee
pd contex ini orang tersayang=kawan-kawan ok!hehe

ok..da penat mengarut..even cik nadya ni sangat rajin
malas nak menaip tapi cik nadya tataw kenape ia mst panjang..hehe
dibawah ni ade gamba buah2 hati cik nadya
silalah tengok skandal2 i ni..hehe



ni kawan-kawan cik nadya tyme skola dlu..dyorg sangat sempoi ^^



dekat musolla skola dolu2 ^^ ukhuwah yg terbina xkan cik nadya lupe ^^



ni kawan2 ribena cik nadya yang sudi hangout ngan cik nadya
penat taw x kalo hangout ngan dyorang ni?? pnat taw! pnat taw!
hee...penat gelak..sbab dyorg kalau bab buat lawak mmg lawakla
bleh masuk raja lawak..ngeee.. disini saya memperkenalkan!
puja,intan,kiah,nisa', tikun, huzn, n nadyra!
tyme ni kitorang kat bukit melawati..nyah2 kat atas ni nak jmpe putera raja dyorang!
waaaaaa....tekejut x ktorg jumpe putera raja kat atas 2??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


TARAAAA!

inilah dia putera raja dyorang 2...cbe cium sket..conform PUTERA RAJA mali..ngeee


ngee..ni plak kwn2 ske duke cik nadya dkat alam u...awwww!

Friday, October 22, 2010

^^

The same thing happen again
and i already fed up about it..
owhho..mungkin ini salah satu cara yang Allah nak tunjukkan untuk ak kuat
maybe i didn't care much about my surrounding
but for this thing i really particular
juz dun't want to take other's right
so i need to do sacrifice =)
never mind.. i have an experience before this
so why don't i face it better than before rite??

hehe..mungkin aku ditipu tp aku terer utk carik bukti before aku ditipu telalu lame ^^v

Thursday, October 7, 2010

Doa Kalbu

dimalam penuh bintang
di atas sajadah yang kubentang
sedu sedan sendiri
mengaduh pada Yang Maha Kuasa
betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu
urat nadi pun tahu aku hampa..

di malam penuh bintang
di bawah sinar bulan purnama
kupasrahkan semua
keluh kesah yang aku rasa
sesak dadaku
menangis pilu
saat ku urai
dosa-dosaku..
dihadapan-MU ku tiada ertinya

doa kalbu tak bisa aku bendung
deras bak hujan di gunung sahara
hatiku yang gersang
terasa oleh tenteram

hanya Engkau yang tahu siapa aku
tetapkanlah seperti malam ini
sucikan diriku selama-lamanya

DOA KALBUKU

best xlirik dia ni?? hehe..cik nadya sgt suka ini lirik..suka3!
carilah lagu ni kalau rajen =)
hayatilah selagi ada masa ye ^^
berubahlah selagi peluang masih ada ^^
walaupun kita hanya mencuba
tapi insyaAllah natijahnya xsia-sia ^^


hari ni cik nadya jumpa replika aeroplane ni
DAN...

cik nadya tersenyum sendiri
hahaha..the memories come again
and lingering in my mind now..
hoho..
it is too hard??
to forget everything??
ngeh3...cik nadya maen2 saje ^^
don't take it seriousla
i'm happy ^^
because everyone surrounds me happy too ^^

p/s: i'm happy when you are happy even not with me ^^

Doalah selagi ada waktu

Tempat: Dalam kelas food microbiology.

Waktu: 10.00 pagi

Al-kisah bermula,

Prof. masuk ke kelas dan bertanya ‘How are you today?’ ‘Are you happy today?’

And all of us said.. NOOOOO!

Prof pon berkata.. ‘Hey, you should think positivela!

Dan prof. pon terus berkongsi satu ilmu yang dia dengar dalam tanyalah ustaz pagi tadi.

Prof: Kamu tahu tak apa fadilat amin?? Saya baru dengar pagi tadi dan sgt awesome..you know??

Kami: amin 2 pengangkat doa..kami yang kununnya tahu pon menjawab

Prof: Saya dengar pagi tadi fadilat amin itu ada tiga. Ada tiga cara yang perlu kita lakukan sebelum kita sebut amin itu..

Kami pon semakin khusyuk mendengar...dan prof pon khushuk menceritakan apa yang dia dengar pagi tadi..

Yang pertama: Masa berdoa itu..kita mintalah apa yang kita nak 2 dengan penuh ikhlas

Yang kedua: Selepas kita meminta itu, kita mestilah menyedari kekurangan diri kita itu bukannya membangga diri

Dan yang ketiga: kita mestilah berusaha untuk menyelesaikan apa yang kita minta itu..

Faham tak apa yang cik nadya cuba sampaikan ni??

Haaaaa....kalau tak faham jom kita buat contoh nak??

Ok..contohnya..

Langkah pertama: kita berdoa supaya kita dapat dean list sem ini

Langkah kedua: Kita sedar yang kita tak pandai dan perlukan bantuanNya

Langkah ketiga: Kita berusaha bersungguh-sungguh dengan mengulangkaji, buat latihan dan sebagainya untuk mencapai dean list itu..

Dan selepas itu..aminkanlah doa anda itu..

InsyaAllah akan dimakbulkan..=)

Lagi satu!!

Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah doa akan mudah diperkenankan.

Nabi s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. : Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang". (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

p/s: cik nadya rasa cik nadya dah kurang berdoa sekarang ni..ya Allah ampunkan hambaMU ini...

Monday, October 4, 2010

Bilelah..nak give up dah ni

Even cik nadya sangat sangat sangat banyak kerja minggu ni.tapi cik nadya tak kire! nak tulis jugak!

(haaaaa...kan betul blog ni ibarat my diary je..hehe)

Al-kisah bermula di tempat ini.

Tempat yang membuatkan cik nadya sangat2 tercabar.

Tempat yang merecall balik kenangan cik nadya ketika saya gagal dan cik nadya berasa sangat teruk

Tempat yang membuatkan cik nadya pening kepala sem ini

Owhh..thanx to tempat ini because buat saya amat tak senang duduk dan saya sangat gembira untuk itu ok tipu.

Hari ini cik nadya test jpj for the 2nd tyme

and i still fail kat dalam litar..alhamdulillah jalan raye dah lepas ^^

Tapi hanya Allah yang tahu apa perasaan cik nadya ketika itu

ada rasa marah

sebab cik nadya baru nak start melangkah dan langkah itu terhenti macam itu je

ada rasa geram sebab cik nadya tak dapat nak teruskan perjalanan cik nadya sampai kepenghujungnya

ada rasa sedih sebab i bring everyone's hope.my family hope that i can pass but i disappointed them again and again

ada rasa tertekan sebab berapa lama lagi cik nadya nak ulang alik ke tempat ni..tempat ni pon da naek muak da tengok muka cik nadya

ada rasa tak puas hati sebab duit cik nadya dah habes untuk itu je

AND finally...

ada rasa pasrah sebab cik nadya da berusaha dan tawakal dan mungkin belum tiba masanya lagi untuk cik nadya lulus.

Pada mulanya memang susah nak terima hakikat yang kita dah gagal berkali-kali. walaupun orang kata gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya kan. cik nadya pegang kata-kata ini tapi impak atas kegagalan ini menyebabkan cik nadya rasa 'worst' sangat. rasa nak tampar diri laju-laju sebab hampakan emak dan abah for the second time.

Selepas kegagalan itu, cik nadya berjalan ke surau untuk mengambil wuduk (dengan tujuan melegakan hati yang hancur remuk ini)

memang sangat terbukti keberkesanan mengambil wuduk itu,

meh kita sharing hadith ye =)

Sabda Rasul saw : "Sesungguhnya syaitan itu daripada api (an nar )dan sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorang kamu marah, maka ambillah wudhuk

(air sembahyang)"

-Hadis riwayat Abu Daud-

dan ia terbukti benar! selepas mengambil wuduk tu, i feel better than before dan cik nadya cuba untuk bertenang sambil berfikir mungkin ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. siapa yang tahu? Hanya Allah kan yang tahu apa yang terbaik untuk kita ^^ dan saat itu cik nadya cuba untuk menerima hakikat bahawa belum sampai masanya lagi kerana...

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita kan, so kita berusaha and let HIM take the rest..

apa yang penting disini USAHA!! (mungkin usaha cik nadya belum cukup lagi..^.~)

Okay..selepas sesi penabahan hati dan penengangan hati itu..cik nadya pon terfikir apa pengajaran yang cik nadya dapat sepanjang belajar di akademi ini..

Owh..walaupun cik nadya kadang2 rasa tak seronok belajar disitu tapi still ada moments yang worthwhile yang cik nadya takkan lupa dalam hidup cik nadya

truthly i said that i learn from the experience..

The only source of knowledge is experience.
-Albert Einstein-

so pelajaran yang cik nadya dapat daripada this experience..

<*_*>

Lesson 1

Jangan percaya dengan kata-kata orang lain as long as you are not experienced it by yourself

Kadang-kadang kata orang itu not absolutely true. contohnya, JPJ yang tua lagi garang dan strict dan mereka tak banyak bercakap compare than JPJ muda but i have experienced it vice versa. Ada orang kata kalau JPJ perempuan ini selalu ikut mood dan amat susah nak lulus. Mungkin ini hasil dari pengalaman orang. Bagi cik nadya kebanyakannya begitulah tapi selalunya depends on sikap JPJ itu juga. Kalau dah sikapnya memang suka bercakap, xkirala kan dengan usianya muda atau tua dia akan bercakap juga. Depends on sikap mereka sendiri bagaimana so lepas ni sila jangan set di kepala anda yang JPJ berumur begini, yang muda sikit begini, yang perempuan begini, kerana mereka masih seorang manusia yang membezakan manusia adalah sikap mereka..^^

** i fail kat JPJ yang sama untuk dalam litar..owh uncle! pliz..pliz..pliz..bg saya lulus for the 3rd tyme dan saya hampir dpt JPJ yang sama utk jalan raya tapi alhamdulillah..JPJ saya baek sebab dia kasi saya lulus. alhamdulillah..thanx Allah^^!

Lesson 2

Sila bertawakal selepas anda berusaha. Konsep tawakal itu amat penting disini dan saya hampir melupakannya apabila sudah merasakan diri hebat. Allah pon dah suruh kita bertawakal selepas kita sudah berusaha sesungguh-sungguhnya bukan berusaha sesambil lewa ok!

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

( Surah Al-'Imran, Ayat 159)

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

(Surah al-Thalaq, ayat 3)

Banyak kan sebenarnya ayat tentang tawakal dalam Al-quran. So..after this, learn to tawakal dalam kehidupan kita. Tapi selepas berusaha okay.sebab certain people tak suke berusaha tapi nak tawakal je and at last dia tak dapat apa yang dia nak dan dia start marah-marah, start salahkan apa-apa yang menyebakan dia tak dapat benda itu

patot tak? patot tak? patot tak?

Lesson 3

Sila berusaha lebih keras untuk tidak mengecewakan orang lain lagi. Fullstop. part yang ini kite sambung nanti..For the next entry ^^

Lesson 4

Seorang cikgu di akademi ini pernah bertanya pada saya. Dalam agama awak, apa yang awak nak buat kalau awak lulus nanti? Saya cakap, ada macam-macam cara tanda kesyukuran yang kita boleh buat contohnya bernazar,buat sujud syukur, buat solat sunat syukur dan bla bla bla..

Dan cikgu itu mengangguk tanda setuju dan berkata sambil menambah point, haa..mungkin awak boleh bagi sedekah pada orang miskin ke, atau seumpama dengannya..

Walaupun dia seorang non-muslim..repeat again NON-MUSLIM..tapi sifat2 mulia ada pada dia

dia mengajar saya untuk bersikap mulia. . No doubtla ramai nak dia ajar.Dalam hati cik nadya berdoa supaya satu hari nanti hati cikgu itu terbuka untk masuk islam. Segala sifat mulia sudah ada pada dia cuma hidayah itu belum lagi.

Ya Allah..bukakan pintu hatinya untuk masuk islam dan menjadi muslimin sejati. Amin..~

OK..da sangat penat menat menulis ni. Owh..tak sangka sangat panjang hasil nukilan ini.

p/s: Inilah salah satu cara untuk meleraikan segala yang kusut dalam kepala =) Alhamdulillah saya ok da skrg ni.. bak kata abah.. takpe kalo tak lulus yang 2nd, amek lagi utk kali ketiga, kalo xlulus lagi, amek lesen bas pulak, kalo xlulus lagi amek lesen kapal terbang.. xyah maen2 dgn gear lagi..hehe..