Monday, October 4, 2010

Bilelah..nak give up dah ni

Even cik nadya sangat sangat sangat banyak kerja minggu ni.tapi cik nadya tak kire! nak tulis jugak!

(haaaaa...kan betul blog ni ibarat my diary je..hehe)

Al-kisah bermula di tempat ini.

Tempat yang membuatkan cik nadya sangat2 tercabar.

Tempat yang merecall balik kenangan cik nadya ketika saya gagal dan cik nadya berasa sangat teruk

Tempat yang membuatkan cik nadya pening kepala sem ini

Owhh..thanx to tempat ini because buat saya amat tak senang duduk dan saya sangat gembira untuk itu ok tipu.

Hari ini cik nadya test jpj for the 2nd tyme

and i still fail kat dalam litar..alhamdulillah jalan raye dah lepas ^^

Tapi hanya Allah yang tahu apa perasaan cik nadya ketika itu

ada rasa marah

sebab cik nadya baru nak start melangkah dan langkah itu terhenti macam itu je

ada rasa geram sebab cik nadya tak dapat nak teruskan perjalanan cik nadya sampai kepenghujungnya

ada rasa sedih sebab i bring everyone's hope.my family hope that i can pass but i disappointed them again and again

ada rasa tertekan sebab berapa lama lagi cik nadya nak ulang alik ke tempat ni..tempat ni pon da naek muak da tengok muka cik nadya

ada rasa tak puas hati sebab duit cik nadya dah habes untuk itu je

AND finally...

ada rasa pasrah sebab cik nadya da berusaha dan tawakal dan mungkin belum tiba masanya lagi untuk cik nadya lulus.

Pada mulanya memang susah nak terima hakikat yang kita dah gagal berkali-kali. walaupun orang kata gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya kan. cik nadya pegang kata-kata ini tapi impak atas kegagalan ini menyebabkan cik nadya rasa 'worst' sangat. rasa nak tampar diri laju-laju sebab hampakan emak dan abah for the second time.

Selepas kegagalan itu, cik nadya berjalan ke surau untuk mengambil wuduk (dengan tujuan melegakan hati yang hancur remuk ini)

memang sangat terbukti keberkesanan mengambil wuduk itu,

meh kita sharing hadith ye =)

Sabda Rasul saw : "Sesungguhnya syaitan itu daripada api (an nar )dan sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorang kamu marah, maka ambillah wudhuk

(air sembahyang)"

-Hadis riwayat Abu Daud-

dan ia terbukti benar! selepas mengambil wuduk tu, i feel better than before dan cik nadya cuba untuk bertenang sambil berfikir mungkin ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. siapa yang tahu? Hanya Allah kan yang tahu apa yang terbaik untuk kita ^^ dan saat itu cik nadya cuba untuk menerima hakikat bahawa belum sampai masanya lagi kerana...

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita kan, so kita berusaha and let HIM take the rest..

apa yang penting disini USAHA!! (mungkin usaha cik nadya belum cukup lagi..^.~)

Okay..selepas sesi penabahan hati dan penengangan hati itu..cik nadya pon terfikir apa pengajaran yang cik nadya dapat sepanjang belajar di akademi ini..

Owh..walaupun cik nadya kadang2 rasa tak seronok belajar disitu tapi still ada moments yang worthwhile yang cik nadya takkan lupa dalam hidup cik nadya

truthly i said that i learn from the experience..

The only source of knowledge is experience.
-Albert Einstein-

so pelajaran yang cik nadya dapat daripada this experience..

<*_*>

Lesson 1

Jangan percaya dengan kata-kata orang lain as long as you are not experienced it by yourself

Kadang-kadang kata orang itu not absolutely true. contohnya, JPJ yang tua lagi garang dan strict dan mereka tak banyak bercakap compare than JPJ muda but i have experienced it vice versa. Ada orang kata kalau JPJ perempuan ini selalu ikut mood dan amat susah nak lulus. Mungkin ini hasil dari pengalaman orang. Bagi cik nadya kebanyakannya begitulah tapi selalunya depends on sikap JPJ itu juga. Kalau dah sikapnya memang suka bercakap, xkirala kan dengan usianya muda atau tua dia akan bercakap juga. Depends on sikap mereka sendiri bagaimana so lepas ni sila jangan set di kepala anda yang JPJ berumur begini, yang muda sikit begini, yang perempuan begini, kerana mereka masih seorang manusia yang membezakan manusia adalah sikap mereka..^^

** i fail kat JPJ yang sama untuk dalam litar..owh uncle! pliz..pliz..pliz..bg saya lulus for the 3rd tyme dan saya hampir dpt JPJ yang sama utk jalan raya tapi alhamdulillah..JPJ saya baek sebab dia kasi saya lulus. alhamdulillah..thanx Allah^^!

Lesson 2

Sila bertawakal selepas anda berusaha. Konsep tawakal itu amat penting disini dan saya hampir melupakannya apabila sudah merasakan diri hebat. Allah pon dah suruh kita bertawakal selepas kita sudah berusaha sesungguh-sungguhnya bukan berusaha sesambil lewa ok!

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

( Surah Al-'Imran, Ayat 159)

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

(Surah al-Thalaq, ayat 3)

Banyak kan sebenarnya ayat tentang tawakal dalam Al-quran. So..after this, learn to tawakal dalam kehidupan kita. Tapi selepas berusaha okay.sebab certain people tak suke berusaha tapi nak tawakal je and at last dia tak dapat apa yang dia nak dan dia start marah-marah, start salahkan apa-apa yang menyebakan dia tak dapat benda itu

patot tak? patot tak? patot tak?

Lesson 3

Sila berusaha lebih keras untuk tidak mengecewakan orang lain lagi. Fullstop. part yang ini kite sambung nanti..For the next entry ^^

Lesson 4

Seorang cikgu di akademi ini pernah bertanya pada saya. Dalam agama awak, apa yang awak nak buat kalau awak lulus nanti? Saya cakap, ada macam-macam cara tanda kesyukuran yang kita boleh buat contohnya bernazar,buat sujud syukur, buat solat sunat syukur dan bla bla bla..

Dan cikgu itu mengangguk tanda setuju dan berkata sambil menambah point, haa..mungkin awak boleh bagi sedekah pada orang miskin ke, atau seumpama dengannya..

Walaupun dia seorang non-muslim..repeat again NON-MUSLIM..tapi sifat2 mulia ada pada dia

dia mengajar saya untuk bersikap mulia. . No doubtla ramai nak dia ajar.Dalam hati cik nadya berdoa supaya satu hari nanti hati cikgu itu terbuka untk masuk islam. Segala sifat mulia sudah ada pada dia cuma hidayah itu belum lagi.

Ya Allah..bukakan pintu hatinya untuk masuk islam dan menjadi muslimin sejati. Amin..~

OK..da sangat penat menat menulis ni. Owh..tak sangka sangat panjang hasil nukilan ini.

p/s: Inilah salah satu cara untuk meleraikan segala yang kusut dalam kepala =) Alhamdulillah saya ok da skrg ni.. bak kata abah.. takpe kalo tak lulus yang 2nd, amek lagi utk kali ketiga, kalo xlulus lagi, amek lesen bas pulak, kalo xlulus lagi amek lesen kapal terbang.. xyah maen2 dgn gear lagi..hehe..

0 sweet secret admire:

Post a Comment