Tempat: Dalam kelas food microbiology.
Waktu: 10.00 pagi
Al-kisah bermula,
Prof. masuk ke kelas dan bertanya ‘How are you today?’ ‘Are you happy today?’
And all of us said.. NOOOOO!
Prof pon berkata.. ‘Hey, you should think positivela!
Dan prof. pon terus berkongsi satu ilmu yang dia dengar dalam tanyalah ustaz pagi tadi.
Prof: Kamu tahu tak apa fadilat amin?? Saya baru dengar pagi tadi dan sgt awesome..you know??
Kami: amin 2 pengangkat doa..kami yang kununnya tahu pon menjawab
Prof: Saya dengar pagi tadi fadilat amin itu ada tiga. Ada tiga cara yang perlu kita lakukan sebelum kita sebut amin itu..
Kami pon semakin khusyuk mendengar...dan prof pon khushuk menceritakan apa yang dia dengar pagi tadi..
Yang pertama: Masa berdoa itu..kita mintalah apa yang kita nak 2 dengan penuh ikhlas
Yang kedua: Selepas kita meminta itu, kita mestilah menyedari kekurangan diri kita itu bukannya membangga diri
Dan yang ketiga: kita mestilah berusaha untuk menyelesaikan apa yang kita minta itu..
Faham tak apa yang cik nadya cuba sampaikan ni??
Haaaaa....kalau tak faham jom kita buat contoh nak??
Ok..contohnya..
Langkah pertama: kita berdoa supaya kita dapat dean list sem ini
Langkah kedua: Kita sedar yang kita tak pandai dan perlukan bantuanNya
Langkah ketiga: Kita berusaha bersungguh-sungguh dengan mengulangkaji, buat latihan dan sebagainya untuk mencapai dean list itu..
Dan selepas itu..aminkanlah doa anda itu..
InsyaAllah akan dimakbulkan..=)
Lagi satu!!
Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah doa akan mudah diperkenankan.
Nabi s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. : Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang". (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

0 sweet secret admire:
Post a Comment