Monday, June 6, 2011

Luv Peace ^^

Assalammualaikum

Ok. As usual. Post aku pasti akan melibatkan hati dan perasaan. Kalo tiada melibatkan hal hati dan perasaan mst post post ini xkn wujud disini. Okla. Intro panjang-panjang pon xperlu kan.kita terus ke point yg lurus ye.

Anda semua pernah bercinta? Pernah rasa apa itu cinta? Cinta sesame manusia?

Manusia berlainan jantina? Pernah rasa x? (haha. Pointnye amat lurus bukan? Kalo ade org bce blog aku ni.mahu aku xkluar rumah da ^^)

Okla. Xkesahlah anda pernah rasa ke tidak. Bukan itu yg aku nk HIGHLIGHT sbnarnya..Tentang hukum bercinta sebelum kahwin itu aku xnak sentuh sebab anda semua sudah besar punya akal dan sudah tahu utk membuat penilaian. Aku cuma nak bg sedikit pendapat tntg apa yg aku lihat, rasa dan dengar.

Selalunya, apabila org bercouple ni. (Couple means bercinta sebelum kawinlah kan)

1) kita akan lihat mereka tangkap gambar berdua dan selalunya gambar berkenaan akan diletakkan sbg profile picture di laman-laman social seperti facebook, twitter, myspace, friendster and formspring myb.. ek?. Ini sbg tanda yg menunjukkan bahawa mereka sudah berpunya-dan-sila-jgn-nk-gatal-gatal-ngorat atau dalam erti kata lain dia-aku-punya-jgn-berani-nk-kacau. Mungkin juga untuk menunjukkan mereka pasangan yg ideal.sama padan.sama cantik. Ok.itu niat masing-masing. Tapi.apa yg menyedihkan disini apabila aku terlihat tgn lelaki dan tgn perempuan itu bersentuhan atau kata mudahnya mereka berpegangan tangan. Mungkinkah ia boleh dikatakan tidak sengaja atau ia tanda kemesraan yg akan membuatkan gambar itu bertambah cantik?. Adakah aku terlalu emo? Hahaha. Aku emo dan sedih bila lihat keadaan begitu kerana kdg2 org itu sudah tahu hukum agama dan setahu aku mereka pasti tahu yg memegang anjing lebih baik dari bersentuhan kulit dgn bukan muhrim kerana sekurg-kurgnya pegang anjing boleh disertu tapi memegang tangan bukan muhrim bolehkah disertu dosa-dosa itu?. Mungkinkah mereka terlupa hukum itu ketika itu. =.=’.

2) kita akan lihat mereka melakonkan drama suka duka air mata pahit manis kehidupan. Selalu kita tengok dlm laman sosial seperti facebook mereka akan menge’post’ ayat-ayat yg sgt suweet apabila hati mereka sedang dilanda musim bunga such as ’ily’ ’imy’ ’xoxo’ (haha..xsangka aku pon tahu singkatan2 ni..keh3) and whatsoever. Itu xkisahla sebab semua tahu mereka sdg dilamun cinta dan aku sbg manusia of course bahagia apabila melihat mereka bahagia ^^. Tapi, apabila tiba musim panas, xsemena-mena semua perkataan yg suweet-suweet tu tadi hilang. Yang hanya tinggallah perkataan-perkataan marah, geram dan mencarut. Heh?? Xkan disebabkan kemarahan hilang semua rasa syg and snggup bagi carutan utk yg tersayang? Deyyy! Kalau itulah hasil janji yg kau lafazkan nak sehidup semati, silalah jgn berjanji. Hoho..Then perkataan ’i hate you’ mula terpampang di wall-wall sang kekasih. Emm.. am I too emo? Kah3.. no la.. I’m just wondering. How could someone yang kita sayang boleh ckp perkataan F*** you and whatsoever pada org yang kita sayang. Hehe.. Am I too naïve too? Haha.. xkisahlah kalau org nk ckp aku org kampong ke, jahil sgt ke, tp.. kalau betul kita memang ikhlas sygkan dia kita msti xkan snggup utk luahkan perkataan yg menghina dia. Itu pendapat aku. (Emmm…aku suci sgt ke ni? *thinking*)..k, jom move on to other point pulak.

3) Selalunya sgt susah nak setia antara satu sama lain.Apa jenis point entah? Haha. Mungkin ada yg kata mungkin itu bukan jodoh kami. Ok. Fine. Mmg boleh diterima sebab ajal maut jodoh pertemuan mmg bukan kita yg tahu. Allah Maha Mengetahuinya. Tapi, kalau dah kes curang antara satu sama lain, menggatal dgn org lain sedangkan kita dah ada kekasih itu namanya apa kes?? Hoho.. truthly speaking, aku mmg suka blogwalking and bnyk jugak yg aku baca blog orang buat luahan hati yg dia punya kekasih and hubungan mereka mmg suweet sgt sampai aku pon hampir jeles tapi apakan daya pakwe takde. Tettttttt!. Then bila aku usha balik blog mereka after 3 months later, aku tgok mereka da clash dah sebab pakwe curangla, makwe curangla. Adeh..tu namanya mainkan perasaan org tu.huhu. Sometimes experience tu depan mata aku je. Kasihan aku tgok pada makwe atau pakwe dia tu and aku taw apa perasaan mereka. Hancur berkecai kot hati. Rasa macam hati dicampak ke dinding je waktu tu. (haha.Gaya ckp mcm ada pengalaman je kan). Sebab tu jgn pelik bila ada org yg bercinta bagai nak rak tapi akhirnya kecundang ditengah jalan. Huhuhu..(I don’t like it T____T). Ok. Asal aku plak yg emo. Xdela..kalau kita mmg btul sygkan dia bagi aku walau seteruk manapun dia kita xptot lukakan hati dia dgn cara macam tu. My opinionla So, bagi aku kalau belum ready utk bagi komitmen atau pilihan terlalu banyak sehingga susah nk pilih mengapa perlu bagi harapan dan kemudian menghampakan.

Emm..rasanya 3 point ckup x? ckupla kan. Aku rasa mcm aku dah ulas pnjg lebar da ni. Sori kalau rasa point-point yg aku bagi ni langsung xmasuk akal atau ntah apa-apa ntah. Ni apa yang aku nampak dan rasa. Mungkin satu hari nnt tanpa aku sedari aku akan buat benda yang aku ckp ni so mungkin satu hari nanti blog ini akan ingatkan dan sedarkan aku balik ttg apa yg patut aku buat dan apa yg patut aku xbuat bila aku godek-godek balik penulisan aku ni. Kiranya penulisan aku ni utk ingatan diri aku sendirila. Bukan niat aku utk mengata atau mengkondem mereka yg bercouple. Ia hanya pendapat aku. Anda semua da besar dan pandai menilainya bukan. Bagi aku jatuh cinta itu xsalah sebab cinta tu adalah anugerah tuhan yg paling berharga untuk hambaNya. Cuma hambaNya sahaja yang salah meng’apply’kan nikmat cinta itu pada jalan yang salah. Jalan yang dimurkaiNya. Tanpa perlu penjelasan anda semua mungkin boleh membuat kesimpulan dengan hanya melihat bayi-bayi yang terbuang tanpa ada sedikit pon perasaan belas kasihan. Okla. Sampai sini dulu ^^. Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s: Perasaan aku semakin lama rasa semakin hilang. Mungkin satu hari nanti ada yg sudi mengembalikannya semula. Auuuwwccchh. Gatal!

0 sweet secret admire:

Post a Comment