Wednesday, June 29, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah =)

Alhamdulillah. walaupun bukan itu yg aku nak tapi mungkin rezeki itu dalam bentuk lain. Mungkin satu hari nanti,satu masa nanti dan di satu tempat yang lain.

Btul org kata, xsemestinya apa yg kita mahu itu kita akan dapat tapi kita tahu pasti ada hikmah disebalik segalanya. Everything happened for a reason kan? Aku yakin mungkin satu hari nanti aku akan tahu apa hikmah itu because Allah knows the best for me kan? Walaupun aku mmg teringin sgt utk merasai rasa DL itu tapi aku memang rasa belum tiba masanya lagi sebab bila org tgok result aku mesti org akan kata sayangnya. ha ha ha. Xpe. Aku redha. Aku tahu rezeki aku bukan dalam bentuk DL. Mungkin dalam bentuk lain. ^^

Siriyesly, rezeki masing-masing boleh dtg dlm bentuk yg berbeza. Pengalaman ada depan mata aku. Contohnya adik aku sendiri. Result dia bukan yg seperti mak ngan abah aku harapkan. Kadang-kadang dia pun rasa give up dgn diri sendri. Aku boleh nampak disitu bila dia selalu nangis bila dpt result dia. Setiap kali aku ckp kat dia usaha betul-betul jgn banyak main jgn bnyk becenta sgt (hahaha..garang kan aku? garang kan?) sebab aku tahu dia pandai. Lebih pandai dari aku. Dan bila result utk mtrk dia keluar dia kecewa sekali lagi sebab aku tahu bukan itu yg dia mahukan atas usaha yg dia dah buat. Dan selepas dapat result tu aku mampu ckp kat dia doa bnyk-bnyk spy dapat tawaran upu sbb aku risau zaman sekarang ni semua budak pandai-pandai so competition among them very high.

Dan selepas itu mmg da xsentuh da pasal result dia. And selepas beberapa lama setelah aku puas merenungi kata-kata aku balik baru aku tersedar yg result semua tu langsung xmenjamin kejayaan kita di masa depan sebab rezeki itu Allah yg bagi. Yg penting kita perlu berusaha je utk menjadi yg terbaik dan natijahnya nnt biar Allah yg tentukan. Ustaz aku pernah cakap yg Allah pandang pada usaha kita bukan pada natijahnya. Dan aku rasa mmg adik aku dah usaha dgn sebaik-baiknya dan rezeki yg Allah kurniakan pada dia bukan dalam bentuk result tapi dalam bentuk lain. jeng. jeng.jeng.

She's got an offer from USM!!. Wohaaaa!. Universiti idaman aku dari kecil kot!!

And then, i've realized yg rezeki dia di situ. ^^

Selepas hasil perborakan aku dgn kawan aku ttg result ni, sorang kawan aku kata, xpela. Redha je dgn result masing-masing. Mungkin result kita xmencapai target, mungkin result kita mengecewakan tapi insyaAllah ada sedikit keberkatan di situ. InsyaAllah. Daripada kita berjaya tapi keberkatan dari Allah tiada disitu sebab kita meniru dan menipu diri sendiri kan ^^.

Thanx Allah. Mungkin aku mudah lupa diri sebab tu Allah xbagi lagi aku dpt DL tu kan. Yg penting skrg kita mesti..

REDHA. REDHA. REDHA.


Dan yg lebih penting skrg fokus pada thesis dan study kau. One semester to go! Chaiyok2!
Mungkin DL utk sem yg terakhir. Siapa tahu kan? I've got it when i was in the first semester and who knows i'll get it again in the last semester rite? Ibarat mcm lagu kau kekasih awal dan akhir la kan..ngeeee!

okla. hati da tenang. bubui!

p/s: aku merasakan aku sgt siriyes. sori penulisan lame dan boring.

Wednesday, June 22, 2011

#Pengalaman 1

Assalammualaikum

Haha. siyesly aku mmg loser bab-bab tulis introduction. so intro aku mmg xbest.
hohoho~Experience is a good teacher in learning kan? So mari scroll down experience aku.

Dunia universiti especially USIM dan dunia luar are totally different.
Bila kau berada di dunia luar baru kau tahu betapa terjaganya kau di dunia universiti.
Seriously banyak benda yg aku xpernah lagi jumpa atau jrg2 jumpa atau just in drama tv melayu yg mmg rupanya kenyataan =.='

Dunia luar mmg xterjangkau oleh fikiran aku selama ni. Dulu hanya pernah dengar2 ttg kes berzina sana berzina sini and now baru tahu yg ia mmg banyak berlaku. Ia mmg banyak berlaku esp for melayu and the most important muslim. Mcm xpercaya bila mereka dgn bangga menceritakan pengalaman mereka. Perkataan2 lucah mmg xboleh nak dielak lagila. Belambak kot. Mmg mcm jadi perbualan harian. Adehh. Skema kan aku taip ni? Siyesly aku rase loser giler bile menulis ni.

Ag satu babak-babak yg selalu terjadi masa kini bila suami org-berpura-pura-mcm-single-cuba-menggatal-dgn-anak-dara-org-yg -dia-ingatkan-org-xtau-ke-dia-laki-org???.Haha. bukan akulah yg kene. Ade org yg rapat dengan aku kena dan aku kesian sama dia dan juga isteri kepada lelaki gatal itu. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Sedihnya kalo suami aku sendiri menggatal macam tu (haha..in future. berangan je lebeh) Tamaw! Tamaw! Tamaw!. Siyes kalau aku jadi bini org tu aku sedih. huhu. My future husband pliz jgn gatal-gatal dgn org lain bila awk da jadi husband sy. heee. (Berangan lagi..^^)

Mcm-mcm situasi bila berada di dunia luar. Kalau xde iman mmg kita akan hanyut tanpa kita sedari. Aku juga begitu. Banyak perkara lagho yg aku start nk buat. huhu. Ya Allah, jauhkan hambaMu ini dari benda2 yg melalaikan..

p/s: hati xberapa nk sedap. xtahu mengapa. tapi yg sy tahu sy mahu lari.

Saturday, June 11, 2011

Fine~

Semalam hari sebak sedunia.
Rasa mcm semua perbuatan yg org buat kat kita mengundang keterasaan dan kesebakan.
Rasa nak mengalir air mata namun masih boleh ditahan.
Bertahanlah wahai diri.
Ujian baru sekecil semut sudah mengeluh.
Semalam juga beratus kali mengeluh.
Adehhhhh... x elok kan mengeluh.
Perlu berubah.
Niat utk mencari pengalaman.
Bukan niat untuk mencari dosa sebanyak-banyaknya (mode: muhasabah diri)

p/s: Pliz stop hoping that he'll be changed because it won't happen.Bila tetiba terfikir ayat ini baru tersedar siapa aku utk memaksa dia berubah sebab hati manusia Allah yg pegang. Berharap satu hari nanti aku dan dia berubah ke arah kebaikan.





lagu ini~ T______T

Tuesday, June 7, 2011

Hardline>7/6/2011







Tanggal 7/6/2011, alhamdulillah aku diterima kerja oleh TESCO as a part-timer. (keh3..gaya poyo mcm syarikat besar je yg ambil..hahaha)

First day kerja, alhamdulillah. a great experience!
Kenal org dan dpt pengalaman baru.
Pengalaman dgn customers.
Pengalaman dgn pekerja senior.
Kenal nama tp mcm dah lupa muka.hehe
Semoga hari-hari yg mendatang baik-baik sahaja.
Semoga pengalaman ini mematangkan diri
Semoga tabah jika di marah walaupun diri mmg xske di marah
Semoga tahan dengan segala-galanya
Semoga niat utk bekerja tidak tersasar
Semoga gembira bekerja di sana ^^

p/s: kami satu rumah bertungkus lumus utk bekerja. Jgn xpercaya kami sudah ada akaun KWSP. kah3..apa da??

Monday, June 6, 2011

Luv Peace ^^

Assalammualaikum

Ok. As usual. Post aku pasti akan melibatkan hati dan perasaan. Kalo tiada melibatkan hal hati dan perasaan mst post post ini xkn wujud disini. Okla. Intro panjang-panjang pon xperlu kan.kita terus ke point yg lurus ye.

Anda semua pernah bercinta? Pernah rasa apa itu cinta? Cinta sesame manusia?

Manusia berlainan jantina? Pernah rasa x? (haha. Pointnye amat lurus bukan? Kalo ade org bce blog aku ni.mahu aku xkluar rumah da ^^)

Okla. Xkesahlah anda pernah rasa ke tidak. Bukan itu yg aku nk HIGHLIGHT sbnarnya..Tentang hukum bercinta sebelum kahwin itu aku xnak sentuh sebab anda semua sudah besar punya akal dan sudah tahu utk membuat penilaian. Aku cuma nak bg sedikit pendapat tntg apa yg aku lihat, rasa dan dengar.

Selalunya, apabila org bercouple ni. (Couple means bercinta sebelum kawinlah kan)

1) kita akan lihat mereka tangkap gambar berdua dan selalunya gambar berkenaan akan diletakkan sbg profile picture di laman-laman social seperti facebook, twitter, myspace, friendster and formspring myb.. ek?. Ini sbg tanda yg menunjukkan bahawa mereka sudah berpunya-dan-sila-jgn-nk-gatal-gatal-ngorat atau dalam erti kata lain dia-aku-punya-jgn-berani-nk-kacau. Mungkin juga untuk menunjukkan mereka pasangan yg ideal.sama padan.sama cantik. Ok.itu niat masing-masing. Tapi.apa yg menyedihkan disini apabila aku terlihat tgn lelaki dan tgn perempuan itu bersentuhan atau kata mudahnya mereka berpegangan tangan. Mungkinkah ia boleh dikatakan tidak sengaja atau ia tanda kemesraan yg akan membuatkan gambar itu bertambah cantik?. Adakah aku terlalu emo? Hahaha. Aku emo dan sedih bila lihat keadaan begitu kerana kdg2 org itu sudah tahu hukum agama dan setahu aku mereka pasti tahu yg memegang anjing lebih baik dari bersentuhan kulit dgn bukan muhrim kerana sekurg-kurgnya pegang anjing boleh disertu tapi memegang tangan bukan muhrim bolehkah disertu dosa-dosa itu?. Mungkinkah mereka terlupa hukum itu ketika itu. =.=’.

2) kita akan lihat mereka melakonkan drama suka duka air mata pahit manis kehidupan. Selalu kita tengok dlm laman sosial seperti facebook mereka akan menge’post’ ayat-ayat yg sgt suweet apabila hati mereka sedang dilanda musim bunga such as ’ily’ ’imy’ ’xoxo’ (haha..xsangka aku pon tahu singkatan2 ni..keh3) and whatsoever. Itu xkisahla sebab semua tahu mereka sdg dilamun cinta dan aku sbg manusia of course bahagia apabila melihat mereka bahagia ^^. Tapi, apabila tiba musim panas, xsemena-mena semua perkataan yg suweet-suweet tu tadi hilang. Yang hanya tinggallah perkataan-perkataan marah, geram dan mencarut. Heh?? Xkan disebabkan kemarahan hilang semua rasa syg and snggup bagi carutan utk yg tersayang? Deyyy! Kalau itulah hasil janji yg kau lafazkan nak sehidup semati, silalah jgn berjanji. Hoho..Then perkataan ’i hate you’ mula terpampang di wall-wall sang kekasih. Emm.. am I too emo? Kah3.. no la.. I’m just wondering. How could someone yang kita sayang boleh ckp perkataan F*** you and whatsoever pada org yang kita sayang. Hehe.. Am I too naïve too? Haha.. xkisahlah kalau org nk ckp aku org kampong ke, jahil sgt ke, tp.. kalau betul kita memang ikhlas sygkan dia kita msti xkan snggup utk luahkan perkataan yg menghina dia. Itu pendapat aku. (Emmm…aku suci sgt ke ni? *thinking*)..k, jom move on to other point pulak.

3) Selalunya sgt susah nak setia antara satu sama lain.Apa jenis point entah? Haha. Mungkin ada yg kata mungkin itu bukan jodoh kami. Ok. Fine. Mmg boleh diterima sebab ajal maut jodoh pertemuan mmg bukan kita yg tahu. Allah Maha Mengetahuinya. Tapi, kalau dah kes curang antara satu sama lain, menggatal dgn org lain sedangkan kita dah ada kekasih itu namanya apa kes?? Hoho.. truthly speaking, aku mmg suka blogwalking and bnyk jugak yg aku baca blog orang buat luahan hati yg dia punya kekasih and hubungan mereka mmg suweet sgt sampai aku pon hampir jeles tapi apakan daya pakwe takde. Tettttttt!. Then bila aku usha balik blog mereka after 3 months later, aku tgok mereka da clash dah sebab pakwe curangla, makwe curangla. Adeh..tu namanya mainkan perasaan org tu.huhu. Sometimes experience tu depan mata aku je. Kasihan aku tgok pada makwe atau pakwe dia tu and aku taw apa perasaan mereka. Hancur berkecai kot hati. Rasa macam hati dicampak ke dinding je waktu tu. (haha.Gaya ckp mcm ada pengalaman je kan). Sebab tu jgn pelik bila ada org yg bercinta bagai nak rak tapi akhirnya kecundang ditengah jalan. Huhuhu..(I don’t like it T____T). Ok. Asal aku plak yg emo. Xdela..kalau kita mmg btul sygkan dia bagi aku walau seteruk manapun dia kita xptot lukakan hati dia dgn cara macam tu. My opinionla So, bagi aku kalau belum ready utk bagi komitmen atau pilihan terlalu banyak sehingga susah nk pilih mengapa perlu bagi harapan dan kemudian menghampakan.

Emm..rasanya 3 point ckup x? ckupla kan. Aku rasa mcm aku dah ulas pnjg lebar da ni. Sori kalau rasa point-point yg aku bagi ni langsung xmasuk akal atau ntah apa-apa ntah. Ni apa yang aku nampak dan rasa. Mungkin satu hari nnt tanpa aku sedari aku akan buat benda yang aku ckp ni so mungkin satu hari nanti blog ini akan ingatkan dan sedarkan aku balik ttg apa yg patut aku buat dan apa yg patut aku xbuat bila aku godek-godek balik penulisan aku ni. Kiranya penulisan aku ni utk ingatan diri aku sendirila. Bukan niat aku utk mengata atau mengkondem mereka yg bercouple. Ia hanya pendapat aku. Anda semua da besar dan pandai menilainya bukan. Bagi aku jatuh cinta itu xsalah sebab cinta tu adalah anugerah tuhan yg paling berharga untuk hambaNya. Cuma hambaNya sahaja yang salah meng’apply’kan nikmat cinta itu pada jalan yang salah. Jalan yang dimurkaiNya. Tanpa perlu penjelasan anda semua mungkin boleh membuat kesimpulan dengan hanya melihat bayi-bayi yang terbuang tanpa ada sedikit pon perasaan belas kasihan. Okla. Sampai sini dulu ^^. Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s: Perasaan aku semakin lama rasa semakin hilang. Mungkin satu hari nanti ada yg sudi mengembalikannya semula. Auuuwwccchh. Gatal!

Saturday, June 4, 2011

21 on 31st May~

Assalammualaikum

Ok. da 5 hari berlalu and baru rasa nk buat entry ni.

31 Mei yg lepas.genaplah umur aku 21 tahun. 21! 21 ok!




[Entry ni berunsur *monolog dalaman*]

Pliz nadya.. 21 tu bukan tahap yang kau boleh main kejar-kejar macam umur kau 12 thn.
21 tu maksudnya you should be a grown up woman nadya
21 tu maksudnya you should know what is good and bad in every decision that you have taken
21 tu maksudnya you need to improve yourself to become a successful lady in future
21 tu maksudnya you have to gain more knowledge (world and hereafter for sure)
21 tu maksudnya you have to change yourself to a new one. A new Nadya.
21 tu maksudnya you have to increase your 'amal' for hereafter.
21 tu maksudnya you should be a good daughter (no more sakitkan hati mak ngan abah dan be someone yg boleh dibanggakan mereka in future)
21 tu maksudnya you should be brave, outspoken in delivering your thinking and of course confidence is important.

There are a lot of things need to do when you reach 21..
I have a list of wish when i reach 21
and i hope i will do all the wishes.
I need to change myself. really-really need.

Reason??

Deyy! Now you are 21..then you will be 22, 23, 24, 25 n bla bla bla...
Dan kau akan masuk fasa yg bukan single lagi..
Mcm mana org nak masuk minang kalau..(berangan je lebeh..kih3)
1)Lepas subuh tido balik
2) Nak jaga diri sendiri pon malas
3) Nak masak pon malas
4) Amal ibadah pon tunggang langgang lagi

hoho.. betapa malangnya your future husband
mcm mana nk ceritakan bedtime story kat anak-anak kalau perangai xberubah..huu
apatah lagi nk berbakti pada anak bangsa dan agama.. adehh!

Ok. fine. Conclusionnye.. 21 means everything needs to be changed.
Physically, Mentally and Emotionally .

Gambatte nadya! Berubah mmg payah. Tapi tanpa kepayahan itu manusia takkan betul-betul mahu berubah kan?

Ya Allah, nadya tahu nadya dah makin berubah ke arah keburukan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini berubah untuk kebaikan semula. Segala yang berlaku ada hikmahnya dan Nadya sedang belajar untuk menerima dan mengenalpasti didikan disebalik setiap yang berlaku itu. ^^

Alhmdulillah, Allah bagi peluang lagi untuk hidup selama 21 tahun.
Allah bagi nikmat lagi untuk hari lahir yg ke 21 ni. ^^
Terima kasih Ya Allah.

nota kaki: kawan aku yg dulu 'hilang' sudah kembali semula dan dia kirimkan hadiah lagi. perasaan xterkata kerana sebenarnya diri sudah terbiasa tanpa hadiah darinya dan sebenarnya hanya mengharapkan doa saja sebagai hadiah darinya. Tq kawan! Susah utk meremove memori bersama kawan ini walau diri sudah berkali-kali cuba membuangnya. Ada sesuatu mungkin yang Allah ingin didik disini cuma diri yg belum menjumpainya lagi. Btw, thanx kawan utk kenangan yg sentiasa buat aku tersenyum ^^.

p/s: Saya tidak baik dan tidak perfect. Itu hakikatnya. Tapi mencuba berubah untuk menjadi yang lebih baik tidak salah kan??

Kesengalan KERATONG

Assalammualaikum ^^.

KERATONG! KERATONG! KERATONG! (taw x KERATONG tu apa? Bukan brand makanan,minuman atau pakaian ye ^^. Let me tell you yaa.. KERATONG is a name of one of the place in Pahang. Ape kaitannya kesengalan dengan KERATONG ni dan ape kaitannya dgn cik nadya? Haaa..ni yg nk habaq mai ni..takut one fine day sy telupa yg sy pernah ada kenangan manis disitu bersama sayangs sayangs saya. (wink3..^^)

Haha. Just wanna share some memories with my bloggy (keh3..mentang-mentang laptop jadi lappy. Blog bleh x jadi bloggy? Haha). Ok. Just straight to the pointla kan. Mukaddimah panjang-panjang pon xgne kan.

On 22nd May, if I’m not mistaken, I went to my friend’s wedding or another term ‘sambut menantu’ because he was already married (akad nikah) on 6th May. Keratong tu kat Pahang so Pahang dengan Selangor jaraknya bukanlah macam Nilai dgn Nilai 3 yang boleh makan masa selama 15 minit je. Oleh itu, kami decide nk bertolak sehari lebih awal spy driver xpenat dan passenger pon xpatah pinggang akibat duduk dan tido telalu lama.. teheee~

Then, ktorg decide to meet up at masjid UKM and start our journey! Memang superbla perjalanan ke Keratong. Penat taw x? Penat sgt! Penat dgn gelak. Haha. Mcm2 kes berlaku. Kes kereta berbunyila, kes itulah, kes inilah and we couldn’t stop ourself to laugh ok! We also couldn’t stop to read each the signboard and waited until we found the signboard named KERATONG! Huyeeeh! Masa tu memang rasa lega sgt2 sbb pinggang, kaki, tgn, perut, mulut semua dah rasa cramp da sebab asyik gelak je..heee.

Pastu pastu, ktorg behenti mkn kt umah membe aku yg da kawin tu. Layanan family dia kt ktorg mmg best! Mmg terasa dilayanilah. Thanx aunty2 and grandma! Lepas tu kami berpisah. Yg lelaki tido dekat homestay dan yg perempuan tido kt rumah pakcik membe kami nama Atiyah. Kat situ layanan mmg lagi superb. Memang rasa sgt2 selesa. Malam tu kami berborak-borak sampailah sume orang tido kerana kepenatan. Haha. Sebenarnya malas nak taip pnjg2 sebab tu mcm xcerita banyak sgt. Huhu. Bilala nk improve skill writing ni.. adehh ^__^”.

Besoknya, kami pergi ke rumah member kami utk mkn kenduri pulak.Makan, makan, makan, tangkap2 gamba sket lepas tu blik. And of course everything we did we have the great moments beside it. There are a lot of memories that we get from that gathering and it was really awesome! Xtipoooo~ Mmg luv u all sgt2 la ^^.

Okla..tu je rasenye. Sbb tgh merasakan skill penulisan semakin tumpul dan memboringkan. Sori

Nak letak gamba pon da tade mood da..

T________T


p/s: xkira sekuntum bunga itu harum@tidak, tumbuhnya tetap di tanah. begitu juga bulan, xkira apa bentuknya, tempatnya tetap di langit. dan begitu juga hubungan kita, xkira jauh@dekat, jumpa@ x, tempatnya tetap dalam hati. sesungguhnya nilai ukhuwah itu lebih bermakna dari segala-galanya. mish u oll frends.

Ukhuwah fillah mmg suweeettt kan?