Assalammualaikum.
Sekadar mahu melakar disini. Surprise yg aku xpernah jangka langsung sebab jarak 31 Mei dgn 2 Julai tu jauh kan?? ^^
Alkisah bermula disini. Malam sebelumnya aku ada dgr member2 aku berbincang something dgn muka yg amat serius dan aku pun teruslah dtg dekat dgn mereka sbb ingt dyorg tgh bergosip ke apa ke kan. Aku haruslah mengetahuinya. Hahaha~ Then, bila aku tnya mereka terus terdiam and dlm hati aku ok dyorg xnak share la tu..so aku diam je la dan sembahyang.
Dan esoknya lepas habis penat bekerja mencari sesuap nasi di Tesco, aku dan member2 aku pon nk balik rumah. Hari tu ada sorg member aku yg cuti dan aku panggil dia kak yana. Malam tu mama zihan volunteer nak duduk depan dan aku pon biarkan jela sebab aku pon mmg ske kalau duduk belakang sbb xpayah nk kena bukak pintu pagar nanti. Waktu ni aku mmg xsyak apa-apa lgsg sebab yela ada lagi ke org nk celebrate bufdei aku waktu2 mcm ni lagi derr?
Then, lepas aku da sampai rumah mama zihan pegi bukak pintu pagar and segalanya. Aku dah mcm pelik sket sbab mcm bukan rutin harian kitorg. Aku siap boleh usha kat sliding door kitorg ag dan kata 'eh..k yana xbukak lampu ke??' tapi xkanlah sbb dia duduk sorg2.
Dan..jeng. jeng. jeng.
Bila dyorg bukak pintu aku nampak rumah mmg gelap dan hanya ada lilin2 je dekat sekeliling ruang tamu. wahhh. dalam hati aku ni apa ke he plak ni. xkan nk lepaskan gian main lilin kot. haha. Pastu dyorg nyanyi lagu hepi bufdei to you dan aku yg naif ni pon bolehlah pegi ikot nyanyi sekali tapi dlm hati aku bufdei sape dyorg nk celebrate bulan bulan 7 ni. Sapa yg lahir dlm bulan 7 ni. Aku pk dyorg sje je nyanyi lagu tu. Pastu aku tgok atas meja ada kek. Eh btolla dyorg nk smbut bufdei org dan...
OMG! OMG! OMG!
Dyorg smbut bufdei aku rupanya..hee. siap tulis..
HEPI BUFDEI ADEK MOK kat kek tu..
hahaha. teharu maru mak nyah taw x??
xsngke ada org snggup smbut bufdei mak lagi. huhuhu.
sangat xsangka. mmg xsangka.
thanx korang. Kak yana. Mama Zihan and kak rah (farah)
Thanx sgt2 korg! Syg korg ketat-ketat!! Even kita xde kamera utk menangkap gambar kita bersama-sama tapi insyaAllah memori dan gambar itu telah tersemat di dalam hati =)
p/s: org kata ukhuwah yang kita bina atas dasar ikhlas insyaAllah akan berkekalan.
hope hubungan kita ini akan berkekalan selama-lamanya. Amin.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.(Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)Sedang mencuba untuk menyayangi org sekeliling diri ini dgn ikhlas tanpa mengharapkan balasan =.=".