Wednesday, November 10, 2010

hujan


Hujan hari ini
seperti mengerti
hati-hati kita sedang menangis
sedih untuk tindakan yang dibuat
sedih untuk segala yang xpasti di masa hadapan
sedih kerana menyakiti

maaf kerana sering menyakiti
maaf kerana xpernah memberi peluang
maaf kerana always pentingkan diri sendiri

tapi

harap tindakan ini berbaloi
harap tindakan ini akan memberi peluang kepada diri dan anda
untuk menyelami hati masing-masing
untuk lebih kenal apa yang diri mahukan sebenarnya
untuk mencari apa sebenarnya tujuan hidup

mungkin
saya bukan yang terbaik
sebab itu tidak mahu ada yang menyesal
tidak mahu ada yang sanggup meredah hutan belukar untuk mendapatkan bunga indah
tapi rupanya ia hanyalah bunga kering yang tiada maknanya untuk bersusah payah
tidak mahu pengakhirannya begitu

walaupun
tahu bakal menyakiti
tahu bakal menyesal
tahu hukum karma akan tiba

tapi mungkin inilah yang terbaik

dan hujan hari ini
bagai mengerti segala-galanya
kuasa Allah..kerana dia Maha Mengetahui ^^

p/s: Ya Allah, semoga kami berjaya di dunia dan akhirat. Benarkan kami untuk menghidu dan merasai nikmat syurgamu Ya Allah.Mungkin benda ini berlaku supaya kami lebih rapat
dengan-MU. KAU jagalah sahabatku itu dengan sebaiknya kerana aku menyayanginya sebagai seorang sahabat kerana-MU.





LOVE is like a glass
if u break it, it's hard to fix
and even if you try to manage it
it'll never be the same

and..sory 4 everything
i'll back off so u can live better

No title

Saye nak buat larian versi marathon minn eddina
Diam!
jgn tanya mengapa.jgn tanya sebabnya.
sebab saya pon tataw puncanya
saya cuma mahu ketenangan
benci dgn pnyakit hati

saya cuma mahu DIA!!

org lain sila diam! jangan tanya! dan iyakan je!

saya cuma mahu DIA!
mahu DIA saje utk bg ketenangan dalam hati ni..:(

saya dah sakitkan hati org dan sakitkan lagi dan teruskan lagi

saya taw!

saya taw saya xmungkin boleh
saya taw saya memg kadang-kadang malas nak berfikir
saya taw saya memg kadang-kadang xske ambil tahu hal semasa
saya taw saya memg kurang ilmunya
saya taw saya memg xberbakat utk itu

tp......

kalau saya cuba mungkin saya akan boleh
practice n practice n practice lagi
even ambil masa yg lama
tapi saya mmg admire dia
uhhhh....bukan orgnya! no!no! no! (kenal pon x..agpon dy da bepunye..hehe ^^)
admire tulisan dia
admire ayat2 dia
admire apa yg dia cuba sampaikan pada masyarakat

cuba bagi prove sket~ (kate2 kwn cik nadya)
nah..nak sgt kan tgok apa yg cik nadya admire sgt pada penulisan dia

ustaz hilal..sy copy ustaz punya tulisan..halalkan ye
juz nak kenalkan penulisan ustaz kat org ramai (haha..gaya mcm ada je yg bace) kih3

Tiada cinta sebelum nikah?by ustaz Hilal

Tiada cinta sebelum nikah.

No love before akad.

Cinta hanya selepas kahwin.

Dan bla bla bla bla bla….

Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.

Tetapi, aku tak pernah sama sekali setuju dengannya.

Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.

Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan intim seperti suami isteri. Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang sepatutnya perlu diwujudkan.

Oh, lainlah kalau definisi cinta kamu, telah kamu rendahkan dengan menganggap ‘bercinta’ itu adalah ‘bercouple, pegang-pegang tangan, berhubungan tanpa batas’ dan sekutu-sekutunya.

Maaf. Cinta aku mahal, dan tidak serendah itu.

Sebab itu cinta aku yang mahal itu, wujud sebelum bernikah lagi.


Cinta yang sebenar

Couple itu maknanya cinta? Hubungan intim lelaki perempuan yang bukan mahram tanpa batasan itu cinta?

Maaf. Jika kamu panggil itu sebagai ‘bercinta’, tandanya kamu telah menjatuhkan harga cinta. Untuk aku, itu semua bukan cinta. Cinta adalah suci. Bersih. Dan ianya membawa ke syurga.

Cinta mestilah dibina dari keimanan, dan dicari berlandaskan petunjuk Allah SWT.

Cinta adalah perasaan, yang wujud di dalam jiwa dan diterjemahkan dalam bentuk amal.

Menolak sahabat ke dalam api, itu bukan namanya akung sahabat, walaupun sebelum menolak sahabat itu ke dalam api, sudah 1000 kali diucapkan: Ana saynag enta, sahabat ana.

Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta. Walaupun kamu sering gunakan perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.

Cinta lebih suci dari apa yang kamu jangka.

Dan ‘cinta’ yang asli ini, tidak sepatutnya diharamkan sebelum bernikah.

Cinta sebelum kahwin

Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.

Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan berkira-kira. Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan yang hadir di dalam diri kamu. Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya, lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius. Yang lelaki boleh terus kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan lelakinya.

Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah semata-mata. Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan perancangan akhirat kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.

Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat-sangat penting sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika urusan selesai.

Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.

Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya dan adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk berta’aruf dengannya.

Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik untuk pasangan kamu. Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan dengan memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu sebahagia-bahagianya. Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?

Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu. Jatuhkan dengan segera perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan cepat. Itu satu tanda cinta.

Kalau kamu tanya akan cinta aku.

Maka cinta aku begitulah.

Kamu yang syok sendiri tanpa memahami cinta

Kamu-kamu yang bercouple dan memusnahkan erti cinta yang sebenar, aku terkilan dengan kamu.

Kamu-kamu yang bercinta dengan cara yang salah, aku terkilan dengan kamu.

Hal ini kerana, wujudnya kamu dan kesalahan kamu, membawa kepada orang-orang tertentu mengharamkan terus cinta sebelum wujudnya pernikahan.

Kamu-kamu yang mengharamkan terus segala jenis cinta sebelum nikah, aku juga terkilan dengan kamu.

Islam datang mengajar kita mengawal perasaan. Bukan menghapuskannya.

Jadi yang halal diharamkan hanya kerana ada yang salah menggunakannya.

Maka sepatutnya dididik bagaimana untuk bercinta dengan sebenarnya.

Apakah jika ada orang belajar untuk membuat nuklear dan mengebom sesebuah tempat, maka ‘belajar’ itu diharamkan dan matapelajaran ‘nuklear’ itu patut diharamkan?

Semestinya tidak.

Apakah apabila Allah menimbulkan rasa cinta di dalam jiwa seseorang, kamu hendak menyalahkan Allah atas perasaan cinta yang Dia munculkan?

Maka sepatutnya kamu, membina satu garis yang jelas. Antara cinta, dan ‘cinta’.

Bukan hanya syok sendiri dengan ‘cinta suci’ buat ‘golongan kamu’ sahaja.

Aku tidak menghalalkan yang haram, juga tidak mengharamkan yang halal

Aku di sini bukan hendak menghalalkan yang haram. Aku nyatakan di sini, couple dan segala apa yang Allah larang, untuk aku itu semua bukannya cinta. Justeru apabila aku katakan cinta, couple tiada kaitan dengannya. Keluar berdua-duaan tiada kaitan dengannya, bergayut dalam telefon tiada kaitan dengannya. Sms-sms tak ada makna, atau sms-sms ‘tazkirah bohong’ tak ada kena mengena. Salut-salut nama ‘dakwah’ untuk meng’halal’kan perhubungan juga tak ada kena mengena.

Cinta yang aku kata ini, bebas dari semua itu.

Aku juga tidak akan sesekali mengharamkan yang halal. Sebab itu aku berdiri di sini dengan pegangan ini.

Untuk aku, yang halal bila disalah guna, benar ia menjadi haram.

Maka masalah di sini bukanlah yang halal itu.

Masalah di sini adalah ‘pengawalan’ itu.

Sekelompok manusia yang gagal mengawal, itu bukan bermakna ia haram untuk semua manusia. Lainlah perkara itu jelasnya haram secara qat’i, sebagaimana arak. Walaupun mungkin sekelompok sahaja yang mabuk, tetapi ia tetap haram kepada semua.

Cinta yang hakiki, bukannya arak!

Lihatlah dia, lihatlah kesederhanaannya

Guruku, mudirku, Ustaz Dahlan Mohd Zain, pernah satu hari membicarakan hal perkahwinan dan hubungan sebelum kahwin di dalam kelas. Keluar dari pelajaran kami yang sebenarnya, Fiqh Sirah Nabawi pada hari itu.

Lihatlah antara soalan yang muncul, dan bagaimana sederhananya jawapan dia.

“Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita?”

“Boleh, tapi kena benar-benar dengan cinta yang betul la. Bukan main-main”

Maka aku terjemahkan ‘benar-benar dengan cinta yang betul,’ itu, adalah apabila ia dipandu keimanan, di atas syara’, dan kena pada keadaan serta keperluan pengucapan itu. Bukan diucap atas dasar nafsu, atau semata-mata kerana rindu, atau kerana ingin bermanja-manjaan.

“Ustaz, boleh ke nak jumpa tunang?”

“Boleh, tapi kenalah bawa keluarga sekali. Ajak mak ayahnya makan bersama ke. Masa tu jumpa la.”

Bukannya tidak dibenarkan berjumpa langsung.

Tetapi ada caranya. Ada ketikanya. Ada adabnya.

Ustaz Dahlan mengajar aku, untuk tidak mengharamkan sesuatu yang halal, tetapi melihat apakah yang membawa kepadanya menjadi haram, dan membasmikan masalah itu.

Dan jawapan-jawapannya adalah jawapan yang menyenangkan jiwa. Lihatlah uslubnya.

“Boleh…” Mendengar jawapan ini terlebih dahulu, jiwa jadi lapang. Oh, Islam ini tidak berat ya…

“Tapi kenalah…” Dan syarat selepas itu menjadi ringan untuk dilakukan kerana hendak mencapai ‘boleh’ tadi.

Ustaz Dahlan, secara tidak langsung, menundukkan nafsu pada kawalan syara’ hanya dengan jawapannya yang mudah itu. Dan jawapannya sesuai untuk umum. Bukan hanya untuk orang dakwah sahaja, bukan hanya untuk yang tidak belajar agama sahaja. Jawapannya betul untuk semua.

Dan aku hidup dengannya, menyerap segala didikannya, jadilah aku sebagai aku.

Dan jadilah cinta aku seperti ini.

Penutup: Kamu, jangan murahkan cinta, dan memandang rendah kepadanya

Kamu, jangan murahkan cinta dan memandang rendah kepadanya.

Jangan kamu salahkan cinta kerana kesalahan-kesalahan kamu atau orang lain.

Kalau kamu lemah hendak mengangkat cinta pada pundakmu, maka kuatkanlah dirimu itu. Bukan memandang rendah orang lain, atau meyalahkan orang lain, yang bercinta dengan cintanya yang betul.

Aku tidak mewajibkan cinta sebelum nikah. Tetapi yang aku ingin jelaskan di sini adalah, jika ia wujud, maka itu bukan satu kesalahan. Yang perlu adalah pengawalan agar ia tidak keluar dari definisi cinta yang sebenar.

Definisi cinta aku adalah = ingin masuk syurga bersama.

Apakah cinta kalau melempar pasangan ke neraka?

Untuk aku, inilah dia kefahaman aku. Inilah dia cinta aku.

Oh ya, dan aku belum bernikah.

nak lebeh lanjut? klikla blog dia yang langit ilahi 2.. sgt best!

nota mengade: mencuba sesuatu yang baik xsalah kan?